Monday, 18 November 2013
Melawat jiran sebelah
Hari ni aku melawat jiran sebelah. Bawak anak-anak 3 orang. Mula-mula aku bagi salam. Anak aku yang kedua bagi salam jugak. Tapi sambil menjerit, suaranya kuat betul. Hissh apa-apa an lah... Kami tengok baby. Jiran sebelah rumah aku ni bernama Lyana. Anaknya bernama Alisha Inara. Anaknya baru 3 minggu. Lyana masih study di UKM. Ambik Phd dalam bidang Marine Science. Bila sebut Marine Science ni, teringat pulak aku pada arwah adik aku yang ambik bidang yang sama di USM.
Sebenarnya pernah sebelum ni aku cuba untuk melawat Lyana. Tapi dah berkali-kali aku bagi salam, dia tak jawab. So aku pun ambik keputusan nak tunggu waktu yang sesuai, baru datang. Seronok tengok baby tadi. Anak-anak aku buat bising dalam rumahnya. Baby pulak lena di pangkuanku.
Baru pertama kali aku ke rumah jiran untuk melawat baby. Rasa kekok juga. Tapi aku beranikan diri. Aku berazam untuk jadi orang yang lebih baik untuk orang lain.
Wednesday, 6 November 2013
Kerdilnya diri
Hari ni google blog tentang pengalaman phd. Macam-macam cerita orang yang ambik phd ni. Ada yang senang, ada yang penuh dugaan dan ada juga yang sampai rasa nak quit. Kemudian, teringat juga masa aku ambik phd dulu. Ya, penuh dugaan dan beratnya beban di kepala. Selautan ilmu di dunia ni, hanya setitik yang digali namun kepayahannya sangat terasa. Sebenarnya ilmu semasa phd tu tak banyak mana pun. Bila baca journal, terasa kerdilnya diri. Banyaknya yang tak tahu. Nak cari ilmu lain, dah tak larat. Usia dah makin tua. Makin banyak yang lupa. Lagipun masa phd tu dah usaha yang maksimum. Sekarang, kepala dah tak boleh nak berusaha macam tu lagi. Agaknya, sebab tu banyak lecturer yang dah ada phd buat research berkenaan phd dia je sepanjang hayat. Tak study pasal benda lain pun. Balik-balik benda yang sama atau related je, itupun student buat.
Monday, 28 October 2013
To teach or to lecture
Ada pensyarah yang suka mengajar. Nota lengkap. Bercakap non-stop dalam bilik kuliah. Semua perkara yang berkaitan dengan subjek diberitahu student. Sekecil-kecil hingga sebesar-besar. Keluar bilik kuliah, student happy sebab dapat nota lengkap. Tak perlu cari sendiri. Senang nak study.
Dua hari sebelum exam. Student belum dapat cover semua topik. Kepala mula rasa tepu. Tak boleh study lagi. Jadi, student 'tembak' soalan. Agak-agaknya soalan yang di'tembak' tu keluar exam kot...huhu. Rasa banyak betul yang nak study. Apa yang dah cover pun belum faham betul-betul lagi. Aduss...macam mana ni.
Kesian student. Mungkin kita boleh fikir sendiri kenapa student jadi macam tu. Antara sebabnya ialah:
1) Sikap student
2) Masalah peribadi (keluarga, pacar dsb) student
3) Pensyarah bagi nota terlampau banyak
4) Teknik pengajaran pensyarah
Sebagai student, tugas mereka ialah selesaikan masalah sikap dan peribadi mereka. Sebagai pensyarah cubalah fikirkan macam mana nak perbaiki nota dan teknik pengajaran. Apa yang penting, pembelajaran mesti berlaku. Tak guna bercakap banyak tapi student tak belajar apa-apa pun. Renung-renungkanlah...
Monday, 4 March 2013
Resepi asam pedas ikan cencaru
Hari ni masak asam pedas ikan cencaru. En. Suami kata sedap. So nak berkongsi resepinya. Resepinya mudah saja sebab aku memang tak suka masak yang susah-susah.
Bahan-bahan:
Ikan cencaru (2 ekor)
Cili boh
Bawang besar
Halia
Serbuk kunyit
Limau kasturi
Air asam jawa
Bunga kantan
Garam
Cara-caranya:
1. Blend sebiji bawang besar dan satu centimeter halia.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dah diblend tadi. Sekejap je jangan sampai garing.
3. Masukkan cili boh. Berapa sudu? Ikut suka, kalau nak pekat, bubuh la banyak. Tapi yang biasa aku buat, cili boh ni banyak sikit dari minyak.
4. Masukkan serbuk kunyit satu sudu teh.
5. Masukkan air asam jawa. Agak-agak la rupa kuah yang macam mana yang korang nak.
6. Masukkan ikan dan bunga kantan.
7. Biarkan mendidih.
8. Masukkan garam dan lebih kurang satu sudu teh jus limau kasturi.
Ha tu je...senang, kan

Sunday, 2 September 2012
Lulus phd
25 jun 2012 ...itulah tarikh
Keramat yg menentukan lulus atau tidak phd aku ni. Ya, itulah tarikh viva. Pagi itu aku bangun awal. Lepas solat subuh, aku membaca yasiin. Debaran sudah kurang, aku rasa brrsemangat utk menghadapi viva. This is the day ! Aku berkata dlm hati. Aku berjanji akan tabah walau apapun keputusan viva nanti.jauh di sudut hati, di pelusuk sanubari, ada sekelumit keyakinanan yg aku akan lulus phd. Sebaik sampai di school of graduate studies, aku terus menuju ke bilik viva. Aku transfer presentation file dari pendrive ke dlm komputer dan duduk. Ketika itu tiada examiners yg dtg lagi. Beberapa minit kemudian,internal examiners dan supervisor aku dtg. Chairperson juga dtg. Chairperson memberi kata aluan dan mempersilakan aku utk membentangkan summary dari penulisan tesis phd ku. Selepas presentation,bermulalah sesi soal jawab. Lebih kurang 3 jam sesi viva aku berlangsung. Aku bawa buku, kononnya nak refer buku masa menjawab. Tapi bila buka je buku, aku nervous. Jadi aku tutup semua buku dan jawab apa yang terlintas di kepala. Aku yakinkan diri dan cuba menjawab soalan walaupun tak berapa pasti jawapannya. Keputusan dari sesi viva itu, aku lulus dgn minor correction!!!.alhamdulillah lega. Mereka mengucapkan tahniah kepadaku.

Friday, 1 June 2012
Menjahit
Masa yang terluang aku isi dengan belajar menjahit dengan kak su di kedainya Azfa Su Butik. Sekarang dah siap 2 pasang baju kurung. Mesin jahit pun dah beli. Semalam buat seluar 'catuk' untuk anak bongsuku yang berusia 1 tahun. Seronoknya dia, tak nak bukak walaupun basah. Sepasang baju lagi perlu disiapkan. Minggu depan start potong kain. Harap-harap dapat siap sebelum 15 Jun. Aku seronok belajar menjahit dengan kak su. Dia peramah dan kelakar. Sepanjang masa belajar tu sempat kami berborak pasal hal keluarga.
Subscribe to:
Posts (Atom)