Wednesday, 7 March 2012

Time to rest

Aku dah submit tesis ke Graduate Studies UPM. So sekarang, aku dah tersadai kat rumah tak tau nak buat apa. Malam-malam sibuk cari rancangan memasak di TV. Kononnya nak improve teknik masakan. Ceh, balik-balik aku masak benda yang sama juga. Awal pagi tadi aku buat exercise basuh kereta. Berpeluh-peluh. Rasa lebih sihat. Next time nak basuh kereta lagi. Sebelum ni, aku selalu hantar kedai saja untuk cuci kereta. Sejak kahwin dan beranak pinak ni, aku tak pernah cuci kereta sendiri. Baru hari ni buang tebiat. Bukan apa, saja nak exercise buang lemak-lemak degil. Lama betul duduk rumah menternak lemak. OKlah, time to cook for breakfast.

Saturday, 25 February 2012

Nak submit tesis

Dah lama tak update blog ni. Akhirnya my supervisor dah approve tesis aku utk proceed for submission. Alhamdulillah. Tesis dah siap print siang tadi. Esok nak check page numbers dan terus hantar kedai fotostat. Tak mau binding dulu sebab ada page belum print lagi. Nak kena print color di cyber cafe. Demam pula malam ni sampai susah nak tido. Harap esok pagi aku sihat. Lepas hantar tesis ke kedai esok ni, plan nak pi rumah adik. Jadi, Harap sangat esok sihat.

Sunday, 18 December 2011

Raksasa donut

Hari ni aku buat donut. Ini adalah kali kedua. Kali pertama donut aku keras dan agak 'kurus'. Kali ni nampaknya menjadi. Donut aku bulat, gemuk dan paling best, besar. Satu pinggan muat satu donut saje. Hehe..seronoknya. Jangan disebabkan makan donut tu aku jadi gemuk dan bulat macam donut sudahlah...

Lepas ni nak belajar buat hiasan atas donut pulak lah. Hmmm anak aku yang kedua suka coklat. So boleh lah letak coklat pulak.

Sunday, 4 December 2011

Journals oh journals

Aku dah hantar draf ke 3 tesis ke supervisor. Supervisor aku kata dia dah appoint external dan internal examiner. Berdebar jantungku. Siapalah agaknya examiners tu semua ye. Hmmm...lupa pulak nak beritahu yang permohonanku untuk extend dah diluluskan oleh Kementerian. So, dapatlah aku siapkan tesis dan viva dulu sebelum balik UPSI.

Sekarang aku sibuk menghantar paper ke journals. Satu paper yang aku hantar ke journal Hindawi telah ditolak. So, paper itu aku hantar ke journal Emerald. Plan nak present paper di conference di UAE. Acceptance letter dah dapat. Hari ni nak telefon Kementerian, macam mana procedure untuk memohon sponsorship. Kalau tak dapat at least 70% sponsorship dari Kementerian, nampaknya kena batalkan le plan nak ke UAE nih. Hehe...sebenarnya terasa gugup juga nak present paper di conference luar negara. Aduih...English tak berapa pandai, tapi buat-buat berani je semata-mata nak carik pengalaman baru, eceh. Harap-harap dapatla pergi confernce tuh.

Wednesday, 12 October 2011

Draf kedua

Aku telah siap menulis draf kedua tesis dan submit ke supervisor. Sekarang masa yang terluang boleh diisi dengan keluarga. Aku risau kerana masih belum tahu bagaimana status permohonan pelanjutan phd ku kini. Sebelum ini, UPSI telah memberi jawapan bahawa permohonanku diluluskan di peringkat universiti. Masalah yang timbul ialah tidak dapat kelulusan KPT kerana menghantar permohonan terlalu awal. Sepatutnya, borang permohonan harus tiba di KPT 3 bulan sebelum tamat pengajian.

Semester belum sampai ke penghujung sedangkan aku perlu mula bekerja. Semester ini habis pada bulan februari tahun hadapan. Aku pula sepatutnya tamat pengajian dan mula bekerja pada disember tahun ini. Sebab itulah, pelanjutan pengajian itu perlu dibuat.

Aku bercadang untuk submit tesis ke Pengajian Siswazah paling lewat pada bulan Mac tahun depan. Harap semuanya berjalan lancar.

Saturday, 27 August 2011

Esok balik kampung

Esok balik kampung suamiku di Perak utk menyambut hari raya di sana. Kami bercadang untuk bertolak awal-awal pagi bagi mengelakkan 'jam' yang mungkin berlaku di jalan raya. Malangnya, anak-anakku tak mau tidur, main saja sampai pukul 12 malam. Dengan hati yang sebal, aku melayan kerenah mereka sehingga pada satu tahap, aku menjerit memarahi mereka. Aku suruh tidur kerena esok mahu bangun awal. Mereka sungguh lasak bermain terutama anakku yang bongsu. Dia sedang belajar berjalan. Kalau panas, dia akan merengek-merengek. Serba tak kena. Malam ini cuaca panas, jadi anakku yang bongsu meragam. Apabila dia sudah terasa sejuk, baru dia berhenti meragam. Cuaca menjadi sejuk hanya apabila jam mencecah 11 malam ke atas, maka terpaksalah aku melayan sehingga perasaan sebalku tak terucapkan lagi.


Sunday, 14 August 2011

Buffet berbuka puasa

Sekarang bulan Ramadhan. Pelbagai restoran menawarkan menu untuk buffet berbuka puasa. Terasa ingin pergi tapi risau takut lari budget. Aku berbuka puasa makan sikit saja. Bukan tak mahu makan banyak, tapi memang tak boleh nak masuk perut lagi. Mungkin umurku sudah lanjut, jadi makan sikit pun sudah kenyang. Berikut adalah beberapa restoran di Bangi yang menawarkan buffet berbuka:
1) Restoran Oasis
2) Sekinchan ikan bakar
3) JM Bariani House
4) Rimba Klasik

InsyaAllah kalau ada kelapangan dan budget yang cukup, aku dan keluarga berhasrat ke mana-mana satu restoran tersebut untuk berbuka. Ubah selera lah sekali-sekala.