Sunday 2 September 2012

Lulus phd

25 jun 2012 ...itulah tarikh
Keramat yg menentukan lulus atau tidak phd aku ni. Ya, itulah tarikh viva. Pagi itu aku bangun awal. Lepas solat subuh, aku membaca yasiin. Debaran sudah kurang, aku rasa brrsemangat utk menghadapi viva. This is the day ! Aku berkata dlm hati. Aku berjanji akan tabah walau apapun keputusan viva nanti.jauh di sudut hati, di pelusuk sanubari, ada sekelumit keyakinanan yg aku akan lulus phd. Sebaik sampai di school of graduate studies, aku terus menuju ke bilik viva. Aku transfer presentation file dari pendrive ke dlm komputer dan duduk. Ketika itu tiada examiners yg dtg lagi. Beberapa minit kemudian,internal examiners dan supervisor aku dtg. Chairperson juga dtg. Chairperson memberi kata aluan dan mempersilakan aku utk membentangkan summary dari penulisan tesis phd ku. Selepas presentation,bermulalah sesi soal jawab. Lebih kurang 3 jam sesi viva aku berlangsung. Aku bawa buku, kononnya nak refer buku masa menjawab. Tapi bila buka je buku, aku nervous. Jadi aku tutup semua buku dan jawab apa yang terlintas di kepala. Aku yakinkan diri dan cuba menjawab soalan walaupun tak berapa pasti jawapannya. Keputusan dari sesi viva itu, aku lulus dgn minor correction!!!.alhamdulillah lega. Mereka mengucapkan tahniah kepadaku.