Tuesday 24 April 2012

Resepi Kerabu Kacang Panjang

Hari ni tak tau nak masak apa. Ikan kembung tinggal seekor, nak goreng, tapi sure takde siapa nak makan. Ikan kembung lama, dah 3 minggu dalam peti sejuk. Kacang panjang ada lagi, so nampaknya makan kerabu kacang panjang lah kita ye... . Ni resepinye, ikut style sendiri lah kan.

Resepi Kerabu Kacang Panjang
Bahan-bahan: 1. Kerisik - 2 sudu besar
                      2. Ikan kembung - 1 ekor
                      3. Kacang panjang - 3 helai
                      4. Bawang merah - 6 biji
                      5. Cili merah - 1 biji
                      6. Cili hijau - 3 biji
                      7. Limau kasturi - 1 biji
                      8. Bunga kantan - sikit aje
Cara-caranya:
1. Rebus ikan kembung. Ambil isinya.
2. Hiris kacang panjang dan bunga kantan. Hiris halus.
3. Kisar cili merah, cili hijau, bawang merah dan ikan kembung
4. Campurkan semua bahan yang telah dihiris dan dikisar tadi ke dalam satu mangkuk. Masukkan kerisik. Gaul.
5. Perah limau kasturi dan bubuh garam.
6. Hiris kulit limau kasturi dan campurkan bersama. Gaul rata.
7. Sedia untuk dinikmati...nyum nyum

Saturday 14 April 2012

Bibik nak balik kampung

Ye...bibik aku nak balik kampung. Seminggu. Macam mana? Boleh? Susah nak jawab. Bukan apa, takut sesampainya dia di kampung, dia tiba-tiba buat keputusan tak mahu kerja lagi. Aku tak boleh kerja la nanti. Siapa mahu jaga anak? 1) Parents aku    2) Parents husband aku     3) hantar taska      
Ya, kalau tak ada bibik, sama ada parents aku atau parents husband yang boleh jaga anak. Boleh juga hantar taska. Cuma problemnya, anak aku ambil masa lama nak menyesuaikan diri. May be its the right time to consider living without bibik.. Husband aku cadangkan, kami sekeluarga bersama bibik pergi ke Indonesia. Kami tidur di hotel, manakala bibik balik ke kampungnya. Kemudian, bibik kembali jumpa kami di hotel untuk balik Malaysia bersama-sama. OK la kot ye, cuma banyak belanjanya.

Wednesday 11 April 2012

Present paper di UAE dan nasi goreng udang Al-Ain

Hari ni nak cerita sikit pengalaman aku present paper di conference matematik di UAE. Aku pergi conference tu bersama suami dan tiga orang rakan sekerjanya. Anak-anak kami tinggalkan di kampungku di Melaka. Nenek, atuk dan maid aku ada untuk menjaga mereka, so aku tak risau sangat. Setibanya di KLIA, aku tiba-tiba sedih sebab teringatkan anak-anak. Yang paling sedih bila teringatkan anakku yang 3 tahun dan 1 tahun itu. Aku berusaha memujuk hati, bukan senang aku nak pergi conference di luar negara. Sabar...sabar... Nasib baik aku pergi dengan suami, kalau pergi seorang diri, mungkin dah menangis-nangis di airport.

Kami tiba di Abu Dhabi airport lebih kurang jam 11 malam waktu di sana. Terus bergegas cari teksi menuju ke hotel sebab conference bermula awal pagi esoknya. Sampai hotel, sudah 3 pagi. Untuk ke conference, ada bas universiti yang akan datang jemput kami di hotel. Bas itu akan datang jam 7 pagi. Esoknya, aku dan suami lewat bangun. Jadi, kami terlepas bas. Begitu juga tiga orang rakan sekerjanya. Maka, kami cari teksi untuk ke lokasi conference. Tiga orang rakan suamiku menaiki satu teksi manakala aku dan suami naik teksi yang lain. Rupanya conference itu diadakan di kampus UAE university yang baru. Driver teksi yang aku dan suami naiki tak tahu letaknya kampus itu. Puas juga bertanya-tanya orang, akhirnya baru sampai ke kampus itu, jam 9 pagi. Conference dah mula sejam sebelum itu lagi. Suamiku present paper pada jam 6 petang. Aku dan suami balik hotel jam 7 petang dengan menaiki bas universiti.

Hari kedua conference. Kami berlima (aku, suami dan tiga rakannya) pergi ke conference dengan bas universiti. Kali ini kami bangun awal takut terlepas bas. Aku present paper pukul 3 petang, jadi pagi itu aku tenang. Bila tengahari, aku mula berdebar-debar. Perasaan takut untuk present terbawa-bawa dalam fikiranku. Waktu aku present bermula juga. Aku pun present paper seperti mana yang aku lakukan di jabatan math UPM sebelum ni. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Hanya ada satu soalan, dan aku dapat menjawab soalan itu.

Hari ketiga conference. Peserta conference dibawa bersiar-siar ke Dubai. Di situ kami melawat Museum, Dubai Mall, pantai dan kedai yang menjual barang bersejarah. Kedai yang menjual barang bersejarah tu aku rasa macam jonker walk kat Melaka. Kami dapat tengok burj khalifa yang menjadi mercu tanda Dubai. Sempat juga aku dan suami beli baju untuk anak-anak di Dubai Mall. Malamnya peserta conference dibawa makan di atas river cruise. Memang cantik cruise itu dihias dengan lampu-lampu. Ada dua tingkat, tingkat atas open air manakala tingkat bawah bertutup dan sejuk aircond.

Hari keempat conference. Kami berlima pergi ke pekan Al-Ain untuk membeli belah. Aku dan suami beli beberapa helai jubah, key chain dan T-Shirt sebagai cenderahati untuk keluarga. Kami makan tengahari di sebuah restoran. Di restoran tu ada nasi goreng udang. Tak sangka ada menu nasi goreng udang, macam di Malaysia pulak. Udangnya dipotong kecil-kecil dan separuh masak. Nasinya banyak, udangnya pun banyak. Aku makan tak habis. Harganya 18 Dirham. Berbaloi. Pukul 9 malam, kami meninggalkan hotel untuk ke Abu Dhabi airport. Dalam teksi kami sempat melambai-lambai tangan pada pekerja hotel. Sungguh riang...pada jam 3 pagi, kapal terbang yang kami naiki berlepas ke Kuala Lumpur.