Sunday 1 June 2014

Bercuti di Pantai Bagan Lalang

Entry kali ni seronok sikit. Bercuti dua hari di pantai Bagan Lalang. Kami menginap di homestay asra ria. Ownernya kak Asmahatun. Tak kenal pun kakak tu. Kami booking melalui internet. Kami sampai petang dalam 7.00 pm. Anak-anak bising bertanya "Mama, bila nak pergi pantai?" Aku jawab "Esok pagi. Jadi kena tidur awal. Siapa tidur lambat, nanti esok dia tak bangun awal. Jadi, dia kena tinggallah" Hahahah...
Esoknya pagi-pagi lagi kami dah ke pantai. Bawa goreng-gorengan dan nasi putih. Ada nugget, sosej dan karipap. Anak-anaklah yang paling seronok. Masing-masing meluru ke pantai main air. Aku pun ikut sama. Anakku yang bongsu sekejap nak duduk di batu, sekejap mahu main air. Lepas puas di pantai, kami ke taman permainan pula. Kami juga sempat singgah di kedai penjaja di situ. Memesan bakso, mee goreng dan air minuman. Sedap bakso tu mengikut tekakku. Sebelum balik homestay, kami booking makan malam di salah satu restoran ikan bakar. Masa booking tu baru dalam 11 pagi. Nak makan pukul 6 petang. Awalnya booking kannn...
Esoknya kami ke pantai lagi. Kali ni cuma bawa nugget, sosej, samosa dan karipap. Malas nak masak nasi. Anak-anakku seperti semalam meluru ke air. Mereka mandi manda. Anakku yang kedua yang paling sakan. Dia mahu berenang lebih jauh. Aku kata, tak boleh, sebab dia tak pandai berenang. Di tengah laut ombaknya kuat. Nanti hanyut. Merungut dia. Betullah apa aku cakap. Lepas puas di pantai, kami ke taman permainan yang lebih besar dari semalam. Seronok betul anak-anakku bermain. Cuti sebegini jarang berlaku, kasihan juga kepada mereka terutamanya anakku yang sulong kerana taat bersekolah pagi petang sepanjang hari sebelum ini. Kami ke homestay dalam pukul 11 pagi. Sibuk-sibuk mengemas untuk pulang ke Bangi. Akhirnya kami pulang meninggalkan kenangan manis yang sukar dilupakan di Bagan Lalang.

No comments:

Post a Comment