Wednesday 6 November 2013

Kerdilnya diri

Hari ni google blog tentang pengalaman phd. Macam-macam cerita orang yang ambik phd ni. Ada yang senang, ada yang penuh dugaan dan ada juga yang sampai rasa nak quit. Kemudian, teringat juga masa aku ambik phd dulu. Ya, penuh dugaan dan beratnya beban di kepala. Selautan ilmu di dunia ni, hanya setitik yang digali namun kepayahannya sangat terasa. Sebenarnya ilmu semasa phd tu tak banyak mana pun. Bila baca journal, terasa kerdilnya diri. Banyaknya yang tak tahu. Nak cari ilmu lain, dah tak larat. Usia dah makin tua. Makin banyak yang lupa. Lagipun masa phd tu dah usaha yang maksimum. Sekarang, kepala dah tak boleh nak berusaha macam tu lagi. Agaknya, sebab tu banyak lecturer yang dah ada phd buat research berkenaan phd dia je sepanjang hayat. Tak study pasal benda lain pun. Balik-balik benda yang sama atau related je, itupun student buat. 

No comments:

Post a Comment